Read Sejujur Manggis by Fathul Khair Mohd Dahlan Shapiai Muhammad Ramly Aminhad Syafiq Zulakifli Syuhada Salleh Norfatihah Syed Ali Husna Nazri Mohd Helmi Ahmad Online

sejujur-manggis

Menghimpunkan sembilan buah karya yang terpilih sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2012 bagi Kategori Cerpen Remaja. Karya-karya dalam antologi ini merupakan hasil cipta pengarang generasi baharu dan kawakan.Karya-karya tersebut menggambarkan keprihatinan pengarang akan pelbagai masalah remaja kini dalam landskap sosiobudaya, kekeluargaan, pendidikan, kemasyarMenghimpunkan sembilan buah karya yang terpilih sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2012 bagi Kategori Cerpen Remaja. Karya-karya dalam antologi ini merupakan hasil cipta pengarang generasi baharu dan kawakan.Karya-karya tersebut menggambarkan keprihatinan pengarang akan pelbagai masalah remaja kini dalam landskap sosiobudaya, kekeluargaan, pendidikan, kemasyarakatan, keagamaan dan teknologi komunikasi; setempat dan sejagat.“Sejujur Manggis”, cerpen yang menjuduli antologi ini mengungkapkan dan mengangkat kepentingan nilai kejujuran dan keikhlasan dalam kehidupan. Dengan mengaitkan hubungan jumlah tampuk dengan ulas manggis, seorang bapa secara tamsilan mengajak anak remajanya meninggalkan kepura-puraan dan menginsafi keadaan diri.Pemenang Kategori Cerpen RemajaHadiah Utama1. Marga Ranah Rusuhan, Mohd Fathul Khair Mohd Dahlan - Mingguan Malaysia2. Menyuluh Kehidupan, Shapiai Mohd Ramly - Mingguan Malaysia3. Sekolah Hidup, Amin Minhad (Aminhad) - Mingguan MalaysiaHadiah Penghargaan1. Bukan Yatim Gaza, Syafiq Zulakifli - Mingguan Malaysia2. Deritanya Bukan Kepalang, Nursyuhada Salleh - Mingguan Malaysia3. Laut Kehidupan, Norfatihah Syed Ali - Mingguan Malaysia4. Perginya Sang Pejuang, Nazri Hussein (Husna Nazri) - Utusan Melayu Mingguan5. Rombongan Masuk Jawi, Mohd Helmi Ahmad - Utusan Melayu Mingguan6. Sejujur Manggis, Muhammad Aminul Khalil Zaini (Khalil Zaini) - Utusan Melayu Mingguan...

Title : Sejujur Manggis
Author :
Rating :
ISBN : 9789676126863
Format Type : Paperback
Number of Pages : 105 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Sejujur Manggis Reviews

  • Nazmi Yaakub
    2019-04-23 13:12

    Cerpen-cerpen remaja ini monotonous dan beberapa gaya bahasanya agak janggal dengan perwatakan remaja (ada kanak-kanak yang diberi perwatakan yang melampaui usia secara rasional). Bagaimanapun cerpen Menyuluh Kehidupan menampilkan kreativiti yang menarik apabila menggunakan objek lampu suluh dalam latar masyarakat desa yang belum menikmati kemudahan elektrik. Ia semacam ‘meminjam’ gaya Shahnon Ahmad dalam Tivi apabila objek televisyen menjadi subjek kritikan yang mewakili kemodenan dalam pandangan alam Barat tetapi cerpen Shapiai Muhammad Ramly ini lebih positif kerana dihantar dalam bungkusan untuk remaja.